Gambar: sumber google
![]() |
sumber google |
Mata masih lagi segar masa ani. Aher pulang sudah ni, masa ani jam 1.24 pagi. Terbiasa sudah tidur aher. Tambahan jua lagi nada kan diingaukan esok sekulah. Periksa abis sudah, segala deadline apa pun sudah siap. Durang anak-anak pun inda lagi sekulah, cikgu durang cakap boleh sudah cuti kecuali minggu depan ada perjumpaan guru dan ibubapa. Cuti sekulah inda lagi lama, ada hati kan melancong keluar negara. Nya pelakian, Bandung pun ok. Dari petang tadi, mengisi masa lapang atu jua mencari info-info pasal di sana.
Siuk-siuk membaca blog orang pasal itineri percutian durang ke Bandung, terlintas di hati kan meliat balik blog-blog hasil penulisan ku masa cuti beranak si Sofeyya. Atupun lupa sudah kan passwordnya, baik jua google ani canggih dapat track balik dari numbur telipun. Bila di liat balik pos-pos lama atu, inda sangka jua lama sudah ku membuat blog atu. Terbiar catu saja inda lagi berupdate gara-gara ada tugasan penulisan pos kena bagi oleh sifu blog dari luar negara ku nada idea. Kesian tergantung blog ku atu dari tahun 2014. Blog ani dibina dari sifu blog yang telah ku bayaruntuk mengajar blogging sambil menjana pendapatan dari penulisan. Tapi buat masa ani belum ada kekuatan kan meneruskan blog yang mula-mula atu.
Ku buat lagi satu blog ani untuk catatan harian atau tips-tips belajar yang boleh ku kongsi untuk semua. Baru ku sedar yang diri ani semakin hari semkain pelupa. Bila baca balik post lama, terimbas balik jalan cereta atu. Kadang-kadang inda sangka yang perkara atu pernah ku lalui. Ada baiknya ku tulis sini, mungkin boleh jadi buku atau novel kisah hidup haha.. macam perasan jua. Sedar jua kan diri ani inda sehebat orang-orang yang pandai menulis. Tapi inda apa. Mencuba untuk perbaiki penulisan ani inda jua salah. Jadinya, hari ani titik mulanya cereta yang akan bakal dikongsi samada yang dulu-dulu, cereta semasa atau curhat saja.
Sengaja namanya dibuat Ticer Nouri pasal memang kerajayaku seorang guru. Mana-mana ilmu atau aktiviti yang diajar nanti, insyaa-Allah kan dikongsi jua. Ani pun sudah kan penghujung tahun. Sekolah-sekolah di Brunei ani pun sibuk sama jua mcm hari-hari sebelumnya peperiksaan. Banyak aktiviti-aktiviti dijalankan di setiap Jabatan mengikut giliran yang diaturkan oleh cikgu Jabatan CCA. Aktiviti dari jabatan kami sudah jalan hari Selasa lepas. Alhamdulillah, selesai dan berjalan dengan lancar. Syukur team dari OGDC datang membantu aktiviti sains menjadi siuk. Nanti cereta apa kami buat. Sampai sini saja dulu.Esok kan bangun awal keraja. Assalalamualaikum.