Thursday, December 15, 2016

Pengalaman kacut parut di Anduki

Teks: Nouri J.
Gambar sumber: Google

Anduki. Taman rekreasi di Belait. Terletak di antara Seria dan Kampung Lumut. Banyak kenangan masa muda mudi single mingle di sini. Pahit dan manis. Pertama kali kemari masa ikut camping tingkatan 4. Dulu masih ni pakai tingkatan atau menengah..Masa ani saja sistem pendidkan pakai tahun. kalau ikut kan, kira Tahun 10 lah tu. 

Tedangar saja lagu Shaggy, Angel mesti teringat ni di sini. Manakan inda, dulu masa camping setiap jalannya ada speaker. Lagu hit masa atu kana main-mainkan setiap masa. Happening abis lah dari siang ke malam. Bukan saja orang dalam negri dari luar pun ada join camping ani macam dari jepun. Pengalaman camping best yang inda dapat dilupakan. Semua kemudahan ada, dari toilet, tempat mandi, surau, gerai makan, cyber cafe pun ada..Yang penting memang survive lah kalau di hutan macam ani. Tapak bagas cyber cafe sama tempat mandi atu pun masih ada masa ani. Inda lah lagi bedinding, tinggal lantai saja. Dulu kawasan kem luas saja, masa ani dipanuhi pokok tia. Dulu macam basar saja sulnya. Bila diliat tapaknya masa ani..hmmm damit jua. Napa macam basar saja dulu atu ah. haha..Faktor umur.

Iatah mula-mula rasa macam bebas, jauh dari keluarga, konon boleh behidup sendiri in the woods. Tapi of course lah ada jawatan kuasanya menjaga di sana. Jam 10 malam, ada tah kana sound tu masuk kem tidur haha.. Imajin dari peserta camping dari satu Brunei, sekolah-sekolah menengah mesti ada wakil, orang belia-belia, teknikal school, kadet polis, pengakap, kadet askar semua ada termasuk yang dari luar. Kami ada tasks mesti abis kan chop dalam passport untuk dapat sijil/medal(?) Lupa dah ku untuk achieve apa banarnya yang kami mesti dapatkan chop atu haha..

Aktiviti pun best, ada flying fox, canoeing, obstacle mcacam untuk askar and bomba, masuk hutan malam-malam, ada tarian traditional, menyebarang sebalah tasik pakai bot tarik guna tali saja, cable car tarik pakai tali jua ada (bawah sungai . Ijap jua pasal takut gugur. diri lagi inda pandai swimming), malam belia, banyaklah. Dari sana dapat kawan-kawan baru. Kalau malam ada orang breakdance especially orang dari bandar tu banyak..Haha Lawan freeze siapa paling lama. Hahaha..Haih tua sangat sudah rasanya bila ingat balik. Ada 16 tahun kali sudah lamanya. Saja kan ku masukkan dalam cereta Anduki ani. Lain lagi tu kisahnya orang kerasukan apa. Bebaris kan mandi lah apa. Tapi sejak camping atu, iatah last camping yang macam atu diadakan di Brunei. Camping yang anjuran lain-lain atu masih ada. Banarnya bukan ani pulang kan ku ceretakan. 

Kisahnya, luan iski kan kurus dengan pelakian, masa cuti Maulud Nabi hari Isnin lapas, kan tengahari atu, Hubby bawa jogging di sana. Kununnya siuk, katanya. ia cakap ia dah survey kawasan atu masa bawa anak-anak main di playgroundnya tempoh hari. Di sana memang terpampang signboard AMARAN kawasan berbuaya. Memang inda nyaman hatilah banarnya. Tapi hubby ani positif saja kan belari ani. Layan sajalah. Laluan kami dari sebalah kanan. Lari-lari anaklah macam biasa. Bisainya ada trek. Sambil-sambil belari atu, beceretalah kisah-kisah pengalaman camping dulu atu. Yang kawasan kan kami lalu atu, ingat ku masih yang salah satu aktiviti kami menanam bunga. tapi ku liat nada lagi ada. Jauh banar ubahnya. Even trek laluan kami atu pun ada dead end. Jalan trek lama atu inda lagi beusai, batunya tekeluar-keluar. Kalau orang geografi tau ni pasal apa. Mungkin efek Earth crust begarak selama 16 tahun atu? haha.. iatah inda lagi tantu braces a.ka. trek atu. Lagipun semak. Aku yang penguri ani, bawa hubby keluar lah balik dari tempat atu. So kami lalu dari laluan sebalah kiri.

Pasal baju yang ku pakai masa atu macam inda sesuai, malu-malu kucing lah sipu-sipu betapuk belakang Hubby bila melintas pondok-pondok yang ada orang berkelah, menyalai-nyalai ayam, kelaurga orang santai-santai. Bukan dirancang jua masa atu. Spontan saja kan ke Anduki so baju pun baju rumah, selekeh. T-shirt dan legging tua yang lunggar ahaha. Yang gatahnya inda lagi baik. Anu main besangkut saja tepi-tepi spendet. ahaha..

Kan jadikan cereta, tempat kami jogging atu macam laluan trek yang kurus, Sebalah macam belukar sebalah tasek. Kami konfiden lah lalu sana sebab macam ok ja tenang. Hubby rilek ja. Aku yang penakut ani, mata keliar-keliar meliat kiri kanan terutama arah aing atu. Entah pasal teliat papan tanda buaya atu jua kali beligar-ligar tah pasal buaya ani. Takut karang ia surprise kami. Aku lagi inda membawa handphone. Inda lagi pernah belajar 'How to save your live from crocodile attack'..hahah..

Ada jua kan 20 minit sampai kami tempat lapang. Hujungnya ada jembatan macam connecting to the other side of a small pulau. Jembatan atu taguh, hubby ani jauh dah tinggalkan diri ani. Inda konfiden menyebarang ku panggil lah ia. Sampai sudah ia kesebalah atu. Inda nyaman hati terpaksa panggil ia balik semula. So kami lepak-lepak lah sekajap tempat lapang atu. Nampak bagas orang camping sana atu. Sambil duduk-duduk di kerusi batu nya atu..Kami ceretalah konon kan camping nanti disana bla bla bla kan bawa anak camping, pasang pagar dawai untuk security macam cereta the walking dead lah apa..Tiba-tiba, mata melilau-lilau di ayer atu, nampak ku 5m dari kami arah aing atu macam ada benda bentuk huruf M. Tarus ku terclick, yang benda atu mata buaya!!


Hubby inda perasan, ia masih pot pet pot pet pasal cereta kan camping kunun. ku peratikan masih out jua sulnya M atu inda begarak. Indakan kayu. Kami kana perhati!! Konfom. Inda ku membuang  masa, tarik hubby tarus bawa ia lari semula kehujung. Hubby balik-balik tanya kenapa. Aku diam seribu bahasa saja, giling-giling saja suruh ia balik ke kereta. Mua kan nangis.. Macam-macam bermain-main di kepala, what if crocodile atu naik ke darat. Trek atu lagi kurus, boleh saja ia melumpat naik. Kaki lagi damit, ada 4 kaki, grenti laju belari. Pernah dangar ikung durang atu kuat. Weaponnya pakai mengambat. Arrgrh lariiiiiiiii sampai telondeh2 legging ku. Masa lari tu, ringan saja badan aku pacut laju. macam tinggal bah badan, ringgan ja nyawa. Atukan lalah sudah belari awal atu. Inda tau dari mana energy atu datang. Masa lari atu, ingat mati saja. Nauzubillahminzalik. Pernah dangar lagi orang cakap sana atu baaaaaaanyak buaya. Dua kali sprint, bila tedangar ada benda terajun ke dalam ayer. Menangis rasanya. Baru ingat tuhan, ingatkan anak-anak di rumah. Dui lillah. Memang ban habis lah tempat ani. Camping? Sia-sia pun lah. Nasib inda bawa anak masa atu. Alhamdulliah masa lari atu, nada lah kami terserempak buaya gangster atas trek atu. Fuh..Nyasal lalu sana. Last tah ku sana tu kecuali arah luar-luar tempat orang berkelah atu saja. So siapa-siapakan masuk dalam atu, bek tah infom dulu orang-orang terdekat. Baca atau you tube cana tips encounter buaya pasal sebelum ani selalu nampak orang memancing kawasan tu padahal sudah ada amaran inda boleh memancing sana. Apa-apa terjadi sendiri tanggung. k Jangan kata alai inda payung. Ta ta.


Thursday, December 8, 2016

Sihat demi anak-anak

Teks: N. Jay

Nekad mahu kurus selepas jarum penimbang badan hampir menyecah 80kg. 😱Hati mana tak takut. Takut dengan umur masih muda tapi obes. Baju pun dah banyak senak. Tambahan lagi saya memang nak merancang anak yang ke empat dalam masa terdekat. Di dalam keadaan saya macam ini banyak risikonya. Sebelum ni saya pernah keguguran tapi Alhamdulillah Allah beri kembar yang satu tu hidup. Banyak cereta-cerita dari yang terdekat buat saya pikir dua kali untuk mengandung lagi sebab kesihatan.

Pakcik meninggal kerana kanser, kawan satu sekolah pun sama, anak muda mati dalam tidur, belum 40an dah banyak penyakit hinggap banyak lagi cerita sakit seblum umur lanjut ni. Semua ni bukan tersiar di dada akhbar atau mana-mana media. Dekat saja cereta ni. Dengar dari orang terdekat, berita keluarga dan sahabat dan cereta-cereta yang pernah dikongsi sepupu yang bekerja sebagai paramedik. Memang banyak kisah ngeri setiap hari dilihat dengan mata sendiri. Ini dikongsinya dan dijadikan iktibar buat kami.

😭Impian saya untuk capai berat badan ideal, saya perlu kurangkan lebih kurang 20kg lebih. Dengan ketinggian saya yang hanya 153cm memang nampak macam hobbit tapi sweet. 😂Salah satunya lagi buat semua ni untuk anak-anak. Bermula dari cuti pertama saya, saya cuba untuk kurangkan makanan manis. Sebab benda manis inilah ibu segala penyakit kalau tidak pandai kawal pengambilannya. Bulan Disember ni senang sikit nak jaga diet dan bersenam. Tak banyak gangguan.

Memandangkan saya bukan yang rajin bersenam, saya kuatkan saja hati demi baby baru nanti. Threadmill kat tingkat atas pun saya malas nak naik. Tapi saya paksa juga naik. Mula-mula dapat lari 9 minit. Esoknya saya tambah lagi 15 minit. Kebetulan tinggal di rumah ibu hari selepas tu, saya bawa suami ikut brisk walk awal pagi di kawasan sekolah lama saya dulu. Sampai juga 45 minit tapi buat santai saja. Saya mesti fit dan sihat untuk next baby. Doakan saya dapat konsisten dan capai impian saya. 

Wednesday, December 7, 2016

Cara mudah buat label buku sekolah bajet

Teks: Ticer Nouri

Di penhujung tahun ni andang sibuk dengan anak-anak. Mana yang kan mau perhatian, makan minum durang kan disiapkan, lain lagi yang kan begusti sungguhnya baru setahun labih.. Andang belabih jua. Masa lapang saya Disember ani, jadi tarzan jadi-jadianlah jua 😂 Kadang-kadang jadi referee tapi inda tedapat wisel. Curhat seorang babu bekerjaya yang bercuti dengan tiga orang anaknya yang bawah lima tahun. 

Ok. Sebenarnya tujuan tulisan ticer Nouri hari ani, kan kongsikan macam mana kan buat label nama untuk buku latihan dan teks anak-anak. Tahun-tahun sebelumnya, rajin membali sticker yang ada cartoon di kiosk Giant atau di Times Square tapi disebabkan malas bejalan plus kan jimat bajet, tantu membuat sendiri. Ekonomi gawat jua lagi. kan kan.. Dapat jua bali nasi katok duit-duit atu kan. Kanyang parut sanang hati. Esehmen..😌

Untuk mengelakan pembaziran masa dan keratas masa printing label atu, sini ticer Nouri cuba explain cara-cara mudah untuk buat label. First, mesti ada laptop atau desktop yang ada microsoft Excel dan Word. Of courselah kan. ok. Selalunya kalau murid sekolah rendah, ada cikgu durang bagi senarai buku latihan untuk dibeli. Senarai-senarai atu ada bagitau tajuk subjek dan berapa buting buku mesti dibeli, jenis apa, sama ada garis satu atau tiga atau jua petak besar atau damit. Kan? Mula-mula..

1. Buka Microsoft Excel. Pastu masukanlah nama anak kita, kelasnya, nama sekolahnya, dan subjeknya. Selebihnya mana saja kita apa lagi kan ditambah ikut kemahuan sekulah. Save file ani buat Label. Taip apa saja nama ikut suka kita, janji senang cari nanti file ani. Contoh nama file sini Label 223 


2. Pastu buka Microsoft Word. Di atasnya atu click Mailing, bawah Mailing tu pilih Start Mail Merge cari dan pilih Labels. 



3. Bila klik Labels, akan keluar Label Options. Dalam tu ada Product Number, lepas tu pilih East Asian size. Hehe entah kenapa namanya macam atu, macam racist sikit hehe. (Iklan sekajap) ok sebelahnya ada tertera Label Information. Ia bagitau berapa size label atu. For me, this size is just nice. Ia sama macam size bisnes kad. Tingginya 2.16" dan lebarnya 3.58'. Tapi kalau inda suka this size, boleh buat custom size. Page sizenya ngam-ngam saiz A4 paper; 8.27" x 11.69". Pastu klik Ok.

Tapi kalau mau custom, let say kan guna keratas sticker yang grid ready made tu, boleh klik New Label. Boleh adjust ikut suka tapi yang atu ticer Nouri inda ajar. Mesti ada sticker tu baru dapat buat. Yang kitani buat ni label yang senang saja dulu.


4. Part ni untuk masukkan nama dan senarai yang kitani buat di excel tadi. Masih lagi under Mailing, kitani klik Select Recipients.  Pastu ada keluar macam dalam gambar bawah. Pastu klik Use Existing List.. Bila klik ni, pilih file Excel yang kita save awal tadi. so saya pilih file Label223.

5. Pastu keluar macam ani.

6. Lepas tu klik Insert merge Field. Klik Nama, pastu kita enter pastu klik lagi Insert Merge field kita klik Year, dan seterusnya.
7. Lepastu klik Update Labels. Dengan sendirinya semua tadi terisi seperti dibawah.


8. Untuk pastikan susunan nama betul, klik Preview Results.


9. Sekarang boleh adjust. nak bagi kotak ke, gambar ke, ubah Font ke, nak bagi center ke, tapi kalau kan ubah adjust yang petak pertama sebelah kanan atas. Kasi cantik dulu yang tu. pastu... alaa banyak lagi nak kena ubah ni yang lain. Jangan bimbang, kan dah bagitau tadi jimat masa. Bila dah siap yang pertama tu buat lawa-lawa, kita klik Update labels dengan otomatik semua berubah sama macam yang pertama tu tanpa mengubah subjeknya.

Gambar tu, gambar pilihan Fareshya. Kan masa ani tengah hot movie cartoon Moana. Nah boleh dah print. Selamat mencuba. Yang lain-lain tu cuba la test dan adjust ok.