Thursday, December 8, 2016

Sihat demi anak-anak

Teks: N. Jay

Nekad mahu kurus selepas jarum penimbang badan hampir menyecah 80kg. 😱Hati mana tak takut. Takut dengan umur masih muda tapi obes. Baju pun dah banyak senak. Tambahan lagi saya memang nak merancang anak yang ke empat dalam masa terdekat. Di dalam keadaan saya macam ini banyak risikonya. Sebelum ni saya pernah keguguran tapi Alhamdulillah Allah beri kembar yang satu tu hidup. Banyak cereta-cerita dari yang terdekat buat saya pikir dua kali untuk mengandung lagi sebab kesihatan.

Pakcik meninggal kerana kanser, kawan satu sekolah pun sama, anak muda mati dalam tidur, belum 40an dah banyak penyakit hinggap banyak lagi cerita sakit seblum umur lanjut ni. Semua ni bukan tersiar di dada akhbar atau mana-mana media. Dekat saja cereta ni. Dengar dari orang terdekat, berita keluarga dan sahabat dan cereta-cereta yang pernah dikongsi sepupu yang bekerja sebagai paramedik. Memang banyak kisah ngeri setiap hari dilihat dengan mata sendiri. Ini dikongsinya dan dijadikan iktibar buat kami.

😭Impian saya untuk capai berat badan ideal, saya perlu kurangkan lebih kurang 20kg lebih. Dengan ketinggian saya yang hanya 153cm memang nampak macam hobbit tapi sweet. 😂Salah satunya lagi buat semua ni untuk anak-anak. Bermula dari cuti pertama saya, saya cuba untuk kurangkan makanan manis. Sebab benda manis inilah ibu segala penyakit kalau tidak pandai kawal pengambilannya. Bulan Disember ni senang sikit nak jaga diet dan bersenam. Tak banyak gangguan.

Memandangkan saya bukan yang rajin bersenam, saya kuatkan saja hati demi baby baru nanti. Threadmill kat tingkat atas pun saya malas nak naik. Tapi saya paksa juga naik. Mula-mula dapat lari 9 minit. Esoknya saya tambah lagi 15 minit. Kebetulan tinggal di rumah ibu hari selepas tu, saya bawa suami ikut brisk walk awal pagi di kawasan sekolah lama saya dulu. Sampai juga 45 minit tapi buat santai saja. Saya mesti fit dan sihat untuk next baby. Doakan saya dapat konsisten dan capai impian saya. 

No comments:

Post a Comment